Mari kita kenali dan pelajari pelajaran bahasa Melayu Pemulihan Khas pada kali ini. Apakah itu perkataan kv+kv+kvkk, bagaimanakah perkataan ini dibina dan bagaimanakah kemahiran ini diajar?
Perkataan kv+kv+kvkk merupakan kemahiran ke-24 yang dipelajari oleh murid-murid pemulihan khas di kelas pemulihan khas. Perkataan ini melibatkan cantuman tiga suku kata iaitu di antara dua suku kata kv dan kvkk. Simbol 'k' mewakili semua huruf konsonan seperti huruf b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y, dan z. Manakala simbol 'v' mewakili semua huruf vokal seperti huruf a, e, i, o, dan u. Antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini, iaitu:
1. Menyebut nama benda dalam gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Menyatu dan memadankan tiga suku kata berdasarkan gambar.
3. Membaca kad padanan.
4. Mengisi suku kata awalan, pertengahan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.
5. Menulis perkataan kv+kv+kvkk berdasarkan gambar.
6. Membina, membaca dan menulis perkataan kv+kv+kvkk daripada kad suku kata.
Di antara bahan-bahan bantu belajar yang diperlukan seperti kad gambar, kad suku kata 'kv' dan 'kvkk' berwarna, kad perkataan, kad cantuman, kad padanan, kad ayat dan lembaran kerja murid.
Ilmu itu ibarat air. Guru itu laksana alur. Air akan mengalir mengikut alurnya. Air laju ke muara jika alurnya lurus, air lesu ke muara jika alurnya berliku. Justeru itu, blog ini merupakan medan perkongsian ilmu berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran untuk bahasa Melayu Pemulihan Khas. Sumbangan, pendapat dan pandangan anda amatlah dialu-alukan bagi memperkayakan ilmu dan pengetahuan semua. Sekian, terima kasih NamaPelajar: Safaruan bin Abdul Ghani Kumpulan : EL-M03 No. Matriks: D043236